Khamis, 23 Mei 2013

Kapcai Ride To "Mae Hong Son", Thailand

Assalamualaikom...

Ini adalah catatan peribadi, pengalaman, suka duka, pahit manis saya dan juga kawan2 yang telah mengikuti perjalanan ke " Mae Hong Son " atau lebih dikenali sebagai 1000 corner...kami mengelarkan kumpulan kami sebagai " Endurance Cup Rider "

Persiapan kami untuk pengembaraan ini adalah lebih dari 6 bulan, dan hanya seorg member saja yg mencari route yg terbaik untuk kami nikmati..kredit to Haslizan Hassan(ZanKX) kerana menyediakan route yg saya rasa akan dikenang selamanya. Antara rider-rider kapcai yg mengikuti Xpedisi ini ialah

1- Ismadi Ismail (AKA MaxBuyin) Jentera : Yamaha LC135 (penulis ni laa)
2- Haslizan Hassan (AKA ZanKX) Jentera : Modenas GT128
3- Aduha Rosli (AKA Matduha) Jentera : Yamaha LC135
4- Ahmad Fakri (AKA Mamu) Jentera : SYM 200
5- Shahrizal (AKA Tandop) Jentera : Yamaha LC 135
6- Khairul Azhar (AKA Atiaw) Jentera : Modenas GT128
7- Zulkarnain Abd Aziz (AKA Jone) Jentera : Modenas GT128
8- Kame Lorenzool (AKA Kamey) Jentera : Modenas GT128 

Hari Pertama~ 01/02/13 (Jumaat)
0700: Wang Kelian-Prachuap Kiri Khan (687 km)

        Tepat jam 7.00am hari Jumaat kami berkumpul di Imigersen Wang Kelian untuk pelepasan, wahh ramai juga time pagi2 buta ni org dan banyak juga Pickup Siam berbaris...hurmmm rasanya geng seludup minyak diesel...marah la juga psai hasil negara kita di rompak depan mata..
Selepas selesai urusan dengan pihak berkuasa, lebih kurang jam 830am kami bertolak secara beriringan utk chech point kami iaitu bandar Prachuap.. dalam perjalanan ini tidak banyak yg hendak di kongsi kerana laluan ini adalah laluan biasa bgi kami semua, nak kata otai xlah juga tpi semua rider ini sudah berkali2 melalui route ini..650km wooo....apalagi masing2 mula memecut..pic pon xsnap pada hari pertama ini psai sedap memulas throttle motor...akhirnya lebih kurang jam 1800 kami smpai di pekan Prachuan Khiri Khan.. tidor di hotel apa pon x hengat dh..tapi dekat dgn pantai..



suasana nyaman aktiviti malam hanyalah meronda pasar malam, cari makanan halal dan berehat di hotel sambil tgk keadaan jentera masing2..esok jauh lagi perjalanan kami. pastu...ZZZzzzzzzzz


Hari 2~ 02/02/13 (Sabtu)
0800: Prachuap Kiri Khan-Suan Phueng-Kanchanaburi (338 km)

Jam 615am masing2 baru bangun tido..selepas solat suboh..mandi n keluar awai pagi untuk cari sarapan..org melayu ni besa lah..cari nasi ler pagi pagi buta or roti canai..mana la nk ada makanan tu...makanan ruji org thailand ni pagi adalah PULUT ikan kering lerr...
kami bedal sambil menikmati udara pagi d tepi pantai sebelom memulakan perjalan hari kedua.. Perjalanan hari kedua bermula seawal jam 8 pagi, keluar jer hotel trus ke jeti ni..xtau jeti utk apa tpi mcm utk nelayan ja..park moto pastu snap pic ler utk kenangan...


Jeti ni dekat ngan hotel.. dan la amik angin laut pagi2 buta sebelom bertolak ke destinasi berikutnya...

Time ni mmg berkabus sejuk juga la psai awai pgi..kami selalu gerak seawal jam 800am.. patut la asa awai..rupanya jam thailand baru pkul 7 pagi..Tetapi gerak awai ni ada kelebihan nya psai trafik xbanyak...sooo pulaih minyak lagi ke destinasi seterusnya..Kanchanaburi here we come..pranngggggg......


Sepanjang perjalanan ke Kanchanaburi ni kami hanya ikot laluan highway...dari Prachuap melalui Ratchaburi ke Kanchanaburi...
masing2 mula memecut dan heehee..AKA merempit di highway Thailand yg lurus dan luas..speed xyah tanya la..kapcai ja pon..habis throtle pon baru 140 cm tu jer...tpi syok sebab jalan lurus n kenderaan xla banyak sangat..
Dalam perjalanan..terjumpa dinosor ni..sori psai dh x ingat tempat ni di mana.....apa lgi snap pic n berhenti rehat utk sebatang rokok dan juga setegok air mineral...

Perjalanan di teruskan sehingalah kami sampai di pekan Kanchanaburi, macam biasa pusing cari tempat tidor n mandi2 n trus keluar ke tempat menarik iaitu River Kwai atau Jambatan Keretapi Maut.. jalan keretapi ni la tokwan tokwan kita buat yg di paksa oleh Jepun..ada la juga sejarah nya di sini..



Hairan juga kerana di Jambatan tu penuh dgn Foreigner..mat saleh n minah saleh..nipon pon ada..padahai jambatan tu mcm blah kita juga.. hairan sungguh den.. 
ce tgk ketapi lalu depan batang idung jer..mcm tu la juga keadaan ats jambatan tu.. mmg seronok pengalaman di atas Jambatan ini.

Pengalaman di tempat ni ialah..apabila keretapi lalu, semua pelancong termasok lah kami akan dok tepi ren n ketapi lalu slow jerrrr...dengar enjin ketapi mcm guruh tpi telinga..

Aktiviti malam kami hanyalah psar malam or night market utk mencari makanan halal..walau pon xbyk kdai yg hidangkan halal food tpi tetap ada makanan islam halal..perjalanan di teruskan ke destinasi seterusnya...bye bye Kenchanaburi..



Hari 3~ 03/02/13 (Ahad)
0800: Kanchanaburi-Nakhon Sawan-Tak-Mae Sot (513 km)


Aktiviti kembara di teruskan Ke Tak( Nama Pekan ni) n Mae Sot, Pekan Tak ni bersempadan dengan Myanmar..Sampai ja di sini..blh dikatakan pakat pakai kain pelikat kala merah..haha..mcm myammar yg ada di negara kita..sambil dok snap pic...sorg Myanmar mai kat kami kata..Meleysia..meleysia?.. yap kami balas..pastu myanmar ni kata dlu dier keje d kola lompur..hahaaaha bulih cakap melayu rupanya..terkejut bewak kami...x sgka dh 1500km dri malaysia jmpa org myanmar ckap melayu di tanah asing..ohhh bertuah dan kaya nya bumi Malaysia ku tercinta....


 pic lebih kurang pukul 3 ptg..panazzzz tpi selamba ja snap pic depan pejabat Imigresen Thailand..epic di terus kan trus ke pekan Mae Sot..smpai jer, cari hotel pastu cari makan halal n tido..di Thailand ni jumpa jer Masjid jumpa la kedai makan halal,,,selalunya area masjid akan terdapat kedai makanan islam..







Hotel di sini adalah yg terbaik di sepanjang perjalanan kami...cuma rm 60 semlm..masok jer bilik..perghhhhhhhh... mmg siokkk wooo,,,puas..bilik besar, bilik air pon boleh tido dlm tu...






Suasana di dalam bilik yg tidok x hengat..maklumla badan dah letih..so tido awai...



Hari 4~ 04/02/13 (Isnin)
0800: Mae Sot-Mae Sariang-Mae Hong Son (396 km)

Perjalanan seterusnya ke Mae Sariang dan Mae Hong Son...inilah kemuncak destinasi kami Mae Hong Son or 1000 corner..Seperti biasa, perjalanan awai pagi n sudah terasa cuaca sejuk, kerana kami telah keluar dari garisan khatulistiwa( betoi ka dok xtau psai Geografi fail)...

Keadaan jalan yg berbukit bukau menjanjikan cabaran yang  tak dapat di lupakan.. memang enjoy jalan ni..jalannya cantik, cuaca lebih kurang 23-26 celcius..

Dalam perjalanan terjumpa Kem Pelarian yg di selia oleh UNHCR..



Ketika kami melepasi kawasan jalan yg berbukit ini..terdapat juga van perlancongan yg membawa pelancong..entah kemana dan dari mana mereka pon kami xtau.. perjalanan ini memang akan dalam ingatan kami sepanjang masa..




MatDuha yg sentiasa ceria walau apa jua keadaan..



singgah solat di masjid kat pekan Mae Sariang, solat zuhur dan makan tghari di kedai depan masjid tu...MakAiiii...mahai nyer...lauk daging masak apa tah + sayur ckit..kena bantai sampai 100bath...tpi bayar n halal lah..sebelum meneruskan perjalanan  ke Kemuncak Destinasi..Mae Hong Son...

sampai pekan ni ja..perjalan kami dh melepasi 2000km dri bumi malaysia.. Selesai makan ingatkan nk trus ke Mae Hong Son..ada moto wat hal plak..jentera si Mamu tu rack Box dia patah...melilau la cari kedai repair..dh terbuang 2 jam di cni...kami pon berpakat utk tido ja di Mae Sariang utk malam ini memadangkan perjalan ke Mae Hong Son jauh lgi n kami jarang ride malam untuk ke destinasi seterusnya. xder apa yg menarik sgt di cni.. tpi suhu n cuaca dh mula sejuk..ride ptg pon kena pakai jaket, suhu mgkin 22-25 celcius..




Sepetang di Mae Sariang...meronda di pekan Mae Sariang untuk sesuap nasi.. tetiba terjumpa kdai petani or siam tpi Islam..malam tu makan besar lah kami..makcik tu kta mai makan malam ni..dia sedia apa yang ada...

tandop, maxbuyin, atiaw, mamu, kamey, zan kx



Haji Haslizan Hassan ini lah mengPlot route kami.. pandai no aji ni..senyuman sentiasa ada dan Dominan..heh heh...





Aktiviti malam di Pekan Mae Sariang...masok bilik Tandop bergebang, psai smpai awai pekan ni n dok tunggu repair motor mamu..aku dan juga matduha sempat juga pergi tukar minyak enjin motor dan serbis serba sedikit jentera kami..


Hari 5~ 05/02/13 (Selasa)
0800: Mae Hong Son-Mae Taeng-Chiang Dao-Mae Sun-Mae Chan-Mae Sai (438 km)

Kemuncak ke destinasi seterusnya...masing2 dh x sabar ke Mae Hong Son yg hanya terletak lbh krg 180km ja dri pekan ini.. walau pon jadual kami sedikit berubah kerana bermalam di Mae Sariang dan bukanya di Mae Hong Son kami teruskan ke Kemuncak Destinasi kami...semua rider dh kepenatan maklumlah dh 5 hari ride, sehari average 450-550km...letihh woooooo.....


Taaaaaaa.....daaaaaaaa...... Mae Hong Son...akhirnya kami sampai ke sini...destinasi kebanyakan rider-rider tegar...selalunya hanya rider jentera kuasa tinggi sahaja yg smpai ke sini... kami betul2 terasa banga dan puas  kerana hanya berbekalkan jentera kapcai impian untuk ke sini telah tercapai... menjerit sekuat hati setelah smpai di sni....alhamdulillah....selamat.....

























Mae Hong Son... malah ketika menulis blog ini masih terasa rindu suasana di sana.. insyaallah...kalau di murahkan rezeki kami akan ke sana sekali lagi n lagi n lagi n lagi n lagi n lagiiiiii........













Singgah solat di Masjid Mae Hong Son bersama penduduk setempat dan makan tghari..rupanya lebih kurang 30% dari penduduk disni  beragama islam..cakap macam petani..blh la juga paham ckit..
Ini lah rupa sijil 1000 corner...sesapa yg pernah sampai ke sini pasti akan mencari sijil ni..Puas juga bertanya kpd penduduk setempat di mana untuk dapat kan sijil ini..tanya punya tanya rupanya hanya di dalam pekan Mae Hong Son juga..selesaiii amik sijil..

Perjalan seterusnya...Long Neck..awai-awai aku dh bgtau rider2 lain supaya kena p cari Perkampungan Long Neck or suku kaum Karen.Apa jadi pon aku berkeras nak p juga situ...perjalanan ke perkampungan suku kaum karen ni susah la juga .pusing p pusing mai..jumpa juga..atas bukit tpi jalan masok tarmac n simen.. mmg hapening jalan untuk nk kesana... tanya penduduk setempat smpai la juga kami ke  perkampungan ini..lebih kurang 40 minit dri pekan Mae Hong Son..




Perkampungan Long Neck..ikot apa aku paham, kaum ni hanya ada di sini sahaja.. so sempat la beli apa yg patot utk souvenier time balik nanti..




Comey dak saya ??? huaaahuaaahuaaaa... yg gelang kat leher tu mmg btoi.. kt perkampungan ni yg paling panjang leher dia lebih kurang 1 kaki leher dia... macam zirafah woooo....




Habis disini lebih kurang jam 3 ptg kalau x silap ler... perjalanan di teruskan ke destinasi seterus nya..PAI.. perjalanan yg ini paling mencabar kerana jalan yg kami lalui berbukit bukau...pekan PAI ni xdak pon dlm route asal kami, tetapi disebabkan tersangkut di Mae Sariang kami putuskan untuk bermalam di pekan PAI..mmg xdak info langsung tentang pekan ini...

kami sampai ke pekan PAI dh pukul 10 malam...memang sejuk..semua hairan kerana terlampau sejuk..sampai jer cari hotel check in pastu keluar meronda night market...makan di restoren islam sebelah masjid..sempat beli baju selai 2 untuk anak anak..
Pekan PAI ni ada la macam pekan Arau, tpi yg ramai nya tourist mat saleh..kagum betoi dengan perlancongan Thailang...memang berjaya


Cuba tgk suhu di pekan PAI ini...12 celcius bebbb...sojukkkk wa cakap luuu....aku hanya berbekal kan t shirt nipis tpi sejuk pon tetap enjoy di pekan PAI.. berjalan sampai tutup night market tu..hehhee..ZZZZZZZzzzzzzzzz dengan cuaca sejuk di PAI......


Thailand paling utara..Mae Sai, xdak apa yg menarik pon disini, cuma laluan masok 2 negara

















Hari 6~ 06/02/13 (Rabu)
0800: PAI-Chiang Saen (Golden Triangle)-Chiang Kong-Yang Hom-Chiang Rai-Chiang Mai (400 km)


Ketika bersarapan di PAi pagi tu..terjumpa awek2 ni..Tandop dengan selamba pergi menegor..konon2 nak ayat ler tewwww...
Tandop : errrr..Morning..where are u from??...Girls :  Abey sumer dari maner ni, Malaysiya ke???....Hok alohhh skali cakap melayu petani daaaa...haahaa....masing2 pastu mula la bersembang...riuh rendah juga la kedai tepi jalan tu...


Lebih kurang jam 8 pagi kami bye-bye kat PAI...(insyaallah taun 2014 aku kan kesini lagi)..teuskan perjalanan ke Golden Triangle..pada jam 10 pagi kami sampai disini...




Kenangan di Golden Triangle or Segitiga Emas.. banyak tempat menarik di sini.. memandang kan kami kesuntukan masa untuk ke destinasi seterusnya kami hanya menghabiskan 2 jam sahaja melawat tempat temapt menarik di sekitar Golden Triangle..






Sempat juga p melawat Muzium Popi di Golden Triangle

















Ini lah rupa bunga popi atau candu... seumur idup x pernah tgk pokok ni...ada la juga information nya di muzium ni..







Perjalanan di terus ke Pekan Chiang Kong yg bersempadan dengan Laos....

pekan ni hanyalah persingahan kami untuk ke Chiang Rai... xdak apa yang menarik sangat di sini.. Mula tu dok cari jeti untuk memasuki negara Laos.. tetapi di sebabkan banyak yg perlu di bayar utk ke Laos kami batalkan sahaja..bukan apa, org kata Laos ni takot kena pau banyak sangat.. so rehat la kejab tepi sungai mekong tu...



terjumpa cafe ni di pekan Chieng Kong... mmg menarik Cafe ni..nama pon Rider Cafe.. kedai ni rupanya tempat persingahan para rider-rider yang menghala ke Chiang Rai... depa terkejut kerana selalunya hanya jentera berkuasa tinggi sahaja yg sampai ke cafe ini.. ini kali pertama jentera kapcai smpai ke Rider Cafe... Owner Cafe ni sempat la snap pic kami n katanya akan dilekatkan di dinding Cafe tu... xtau lah betoi ka tak tapi kena pergi lain la kalau nak tengok gambar kami di situ..haahaa...




Kopi secawan di Rider Cafe rm8...perggggghhhhhh...seeedapppp woooo...memang layan betoi kopi ni....tapi muka dah ketat pasai letih...huuuuuu...


Selesai rehat kami teruskan perjalan menghala ke pekan besar..Chiang Rai... dah mula jumpa highway..merempit la pulokkkk....masing2 merempit ber pasangan...


menjelang petang lebih kurang pukul 6 petang...kami sampai di pekan Chiang Rai...woooowwww...Pekan Besar..asa mcm bandar Ipoh juga..sekali check in di hotel Pak Arab laaa..rm80 asa nya semalam..hotel cantik..keluar makan berdekatan dengan hotel juga...kena nasi putih, tomyam, telor dadar...kenyang...apa lagi perut dah kenyag baru la kaki nk gerak melilau...yaaaaaa mana lagi kalau di Chiang Rai...

Nahhhh...Kalare Night Bazaar...


Bazaar ni sepanjang kiri kanan jalan di kaki 5..asanya lebih kurang 500meter gak la...suasana hapening n pening... Mula mula tu ingat boleh la beli baju or apa apa untuk di bawa balik... tengak harga ja...hurmmmm mahai la wehhh....sepanjang jalan ini hanya dipenuhi dengan Mat Saleh N Minah Saleh ja..sebab tu harga kain baju di sini mahal.......







 Jalan di sekitar Kalare Night Bazaar






Hari 7~ 08/02/13 (Khamis)
0800: Chiang Mai-Lampang-Phitsanulok-Phra Nakhon Si Ayutthaya (649 km)

Stat dari Chiang Mai ni semua rider-rider dh kepenatan n letihh...apa boleh buat nak p sangat...haaaa amik kapaaa.!!!!!... haaahaaaa...


Sampai di Ayutthaya pada pukul 8 malam rasanya... Aku dan Jone contact dengan ZanKX dia beri cordinate hotel yg telah di cari oleh nya kerana dia, Kamey n Mamu adalah rider yang paling awai sampai.. perjalan ini mmg penat betoi.. pic pon x snap kerana keletihan...lebih kurang jam 11 malam baru lah MatDuha, Tandop, Atiaw smpai di hotel kami.. kesian sebab dia org paling lewat sampai.. oleh kerana lewat sampai..Kamey hadiah kan dia org nasi goreng ayam kot..... malam tu hanya lepak di lobi hotel sambil main Fesbok dan sembang pandai... Hotel tu lawa n asanya 3 bintang kot.. dok d lobi hotel jmpa minah saleh..cuba2 nk hewwww... tpi dia org bo layan....huuuuuuu...



Tandop bagitau kami sebaik dia sampai hotel  katanya bahawa ada kematian di sebelah keluarga isterinya. Mak mertua nya or Pak mertua nya meninggal kerana kemalangan.. Al fatihah kami sedekah kan kepada mangsa...





Hari 8~ 09/02/13 (Jumaat)
0800: Phra Nakhon Si Ayutthaya-Bangkok (73 km) Ziarah:
-Pasar Mae Khlong (Pasar Keretapi)

Semasa di hotel semalam kami telah berbincang tentang jadual untuk ke Bangkok..sampai di Ayutthaya pon kami sudah tersesat..ini kan pula BANGKOK...kami ambil keputusan untuk tidak singgah di bandar Bangkok kerana terlalu besar sangat..di tambah pula dengan kesesakan trafik nya yg teruk...so kami teruskan perjalanan kami ke destinasi berikut...





Hari 9~ 10/02/13 (Sabtu)
0800: Bangkok-Chumphon (458 km)

Ketika menyusuri bandar Bangkok ini...perggghhhhh...mmg besar betoi Bangkok..adanya 2 3x Kuala Lumpur...kami hanya berpandukan GPS yg terdapat oelh Jone..tu pon route di luar Bangkok.. asa juga la dok di atas flyover 4 tingkat di tepi bandar Bangkok ni.. yg pelik nya..ada laluan highway yang tidak boleh di masuki oleh motor...jadi berhati2 lah sekiranya ke Bangkok bersama motor...takot di saman je laaa... lebih kurang jam 8 malam saya dan 5 rider lain sampai di Chumpon..
terus cari coodinate yg telah di berikan oleh ZanKX kerana dia yg paling awai sampai di Chumpon...solat, makan,tidor...letihh weeiiiiiiiii.....



Nanaburi Hotel di Chumphon.. kalau xsilap saya semlm rm60 kot..selesa











Hari 11~ 11/02/13 (Ahad)
0800: Chumphon-Kangar (532 km)

Time ni mmg dok nampak anak bini ja... pic pon xsnap..duit pon tingai 800bath jer..boleh dikatakna semua ingat anak isteri n rumah ja time ni...Haji ZanKX, Jone n Kamey tolak awai pgi tu smentara saya Atiaw, Mamu Tandop  MAtDuha pergi repair mutu tandop kerana tali minyak nya putus semalam...

Tak banyak lah yang hendak di ceritakan time nak balik..melainkan naik motor pastu pulaih minyak x hengat.. On d way home ni mutu tandop pula meragam..dimana time tu Mamu n Mat Duha telah kedepan..dok horn pon depa xdengar dh...saya tingalkan Tandop dan Atiaw kerana pergi mengejar rider MAmu dan MatDuha..xjumpa pon depa 2 tu..duit dlm poket hanya tinggai 500 bath...hati dh mula rasa runsing...cuba call Atiaw n Tandop tpi x berjawab..last2 sampai di pekan Surat Thani..berhenti tpi jalan tunggu tgk sapa yg akan sampai...lebih kurang 45 minit menunggu, Mamu call tanya di mana saya berada dan berjumpa lah dgn dia... Kami berdua teruskan perjalanan pulang dan terjmpa dgn MAtDuha dan teruskan perjalan sampai di Pekan Bukit Kayu Hitam pada pukul 1045 malam...selesai urusan kastam dan Imigresen teruskan pulang ke rumah dan smpai di rumah lebih kurang pukul 12 tghmalam...alhamdulillah selamat pengembaraan kami...

Saya di pahamkan juga, MatDuha tunggu Tandop n Atiaw sehingga pukul 1145 mlm di Danok dan mereka juga selamat sampai...Haji Zan KX, Jone dan Kamey smpai pukul 8 cmtu di Danok..dan Kamey dipahamkan terus pulang ke Terengganu dan smpai di rumah nya pada pukul 3/4 pagi...dasat budak ganu nehhh......

Alhamdullillah semua telah selesai..pengembaraan sejauh 5000 kilometer telah kami tempuh...insyallah kami akan ke Vietnam pula dan sudah ada perancangan dengan Endurance Cup Rider......


Antara gambar-gambar menarik sepanjang pengembaraan kami....



























Roti kapai or roti tempayan..layan roti ni time pagi semasa di pekan Mae Sot..memang sedap..3 biji saya layan cicah dengan susu masam.. terbaik lah..sehingga sekarang xjmpa lgi di negara kita roti yg sesedap ni..






















20 ulasan:

GTG berkata...

Tahniah Max Buyin kerana publish blog ni untuk tatapan kengkawan..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

slm..ismadi ismail
sy berminat untuk mengikuti pengembaraan anda ke thailand

sila tinggalkan no anda di awana_tash@yahoo.com.my
tq

Budak Letrik berkata...

Nice bro!

aizulhisham berkata...

catatan pengembaraan yang menarik. terbaekk sbb hanya dgn guna kapcai, sgt menguji minda & fizikal tu. ada next trip ke thailand lg dgn kapcai? macam mana kalu nak join?

laksamana melayu berkata...

tahniah sahabat...hanya yang kental jerr dapat mehadapinya...

laksamana melayu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
laksamana melayu berkata...

tahniah sahabat...hanya yang kental jerr dapat mehadapinya...

aby berkata...

salam ziarah en ismail ..
baru perasan tuan ada buat reply kt entri ..
respect la trip tuan ..
malu saya klu takat sampai hua hin tu .. insyallah akan sampai juga tempat2 yg tuan paparkan tu ..

Unknown berkata...

Power jugak abang saya ni. tahniah bang lizan and the gang

Unknown berkata...

Tahniah rider kental... Nak tanya skit boleh..berapa kos abis ride pegi situ

Unknown berkata...

kalau ride naik 125 bole ker ? sebab takde yg update psl 2 stroke ke 1000 corner..

hdjfkds berkata...

Tahniah...endurance tinggi betul ni...

mohd shahir dan syamin nadirah berkata...

Tahniah...admin boleh bagi no fon x..ada plan solo trip ke loas dgn cup chai..nak minta pendapat

mohd shahir dan syamin nadirah berkata...

Tahniah...admin boleh bagi no fon x..ada plan solo trip ke loas dgn cup chai..nak minta pendapat

Unknown berkata...

tahniah..1000 corner tuu...insyaAllah akan sampai disini bersama lc135 ku

Aku Budak Nerek berkata...

Bozz. Review sikit pasai GT128. Memang betoi betoi GrandTouring ka?

Unknown berkata...

assalamualaikum en. Ismadi, ada plan lagi ka trip ke thailand ni, kalau tak ada aral rasa2 nak juga join grup, boleh ka en. Ismadi?

jiman kangsar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jiman kangsar berkata...

Askum bro, bro pakai route macam di youtube ke???


https://www.youtube.com/watch?v=vXTBsRobXgo